Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menerima ucapan takziah dan simpati daripada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden atas kematian Shinzo Abe melalui panggilan telefon pada Sabtu. <br /><br />Dalam panggilan telefon itu, kata Kishida, Biden senada dengan rakyat Jepun bahawa Abe adalah pemimpin komuniti antarabangsa yang cemerlang dan memberi sumbangan besar kepada hubungan Amerika Syarikat dan Jepun.